Ciri-ciri lembangan Charok Sebapin

Charok Sebapin merupakan salah satu sungai dalam sistem Lembangan Sungai Kedah dalam sub-lembangan Sungai Padang Sanai.[2] Menurut peta FMS Survey, terdapat lapan sungai tanpa nama bermuara di Charok Sebapin. Kesemua anak sungai Charok Pasu adalah berpunca daripada Bukit Ketapang.[3][4]

Pemerhatian bumi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa terdapat kira-kira lima ke 25 orang yang mendiami di sekitar lembah Charok Sebapin perkilometer perseginya, yang dikategorikan sebagai taburan penduduk jarang.[5][6] Kawasan lembah Charok Sebapin dilitupi oleh kawasan tanah yang dicampur aduk kegunaannya merangkumi industri pertanian, petempatan manusia, kawasan perhutanan, dan padang ragut.[7][8] Dalam peta 1945, berhampiran muara Charok Sebapin terletak sebuah tanah perkuburan penduduk Kampung Pumok dan juga terdapat kawasan perumahan penduduk setempat. Di lengkungan Charok Sebapin sebelum hilirnya, kawasan ini telah dijadikan sebagai kawasan pertanian iaitu penanaman sawah padi yang terbuka atau tidak dipagari, yang ditanam oleh penduduk sekitar.[3][4]

Rujukan

WikiPedia: Charok Sebapin http://neo.sci.gsfc.nasa.gov/view.php?datasetId=MC... http://neo.sci.gsfc.nasa.gov/view.php?datasetId=SE... //doi.org/10.1080%2F17538947.2020.1829112 //doi.org/10.7927%2FH49C6VHW //doi.org/10.7927%2FH4D798B9 //geohack.toolforge.org/geohack.php?pagename=Charo... //geohack.toolforge.org/geohack.php?pagename=Charo... https://books.google.com/books?id=tTo9AAAAIAAJ https://sedac.ciesin.columbia.edu/data/set/anthrom... https://sedac.ciesin.columbia.edu/data/set/gpw-v4-...